Monday, January 31, 2011

apa yang dimaksudkan dengan HDTV


HDTV merupakan sejenis sistem penyiaran televisyen yg bercirikan peleraian yg jauh lebih tinggi berbanding format-format biasa(NTSC,SECAM,PAL).Selain itu,HDTV dipancarkan secara digital kerana penyiaran televisyen digital(DTV) memerlukan lebar jalur yg kurang jika menggunakan mampatan video secukupnya.Teknologi HDTV julung kali diperkenalkan di Amerika Syarikat pd 1990 oleh sekumpulan syarikat elektrik bergelar Perikatan Besar HDTV Digital.HDTV menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kali ganda peleraian linear televisyen definisi standard(SDTV),maka membolehkan lebih banyak perincian untuk dipaparkan berbanding televisyen analog atau DVD biasa.Tambahan pula,piawaian teknikal utk penyiaran HDTV juga mampu mengendali gambar-gambar nisbah aspek 16:9 tanpa terpaksa mengalami letterboxing atau penegangan anarmorfik,maka menigkatkan lagi peleraian berkesan utk kandungan sedemikian.

No comments:

Post a Comment